Monday, November 8, 2010

Projek Oil Capital di Gerik Perak

Syarikat minyak dan gas tempatan berpotensi mendapat manfaat besar apabila projek Oil Capital bernilai AS$7 bilion (RM23.6 bilion) dimulakan, itulah kata OSK Research dalam nota penyelidikannya. Berita ini petikan dari Bernama bahagian Ekonomi, Jikalau projek raksasa ni terlaksana kemungkinan Kontraktor-kontraktor kecil, industri berkaitan dan penduduk setempat akan mendapat faedah, baik dari segi kerja-kerja huluan dan peluang-peluang pekerjaan

Projek Oil Capital itu yang sebelum ini dikenali sebagai Saluran Paip Rentas Semenanjung melibatkan pembinaan saluran paip sejauh 300 kilometer menghubungkan Yan di Kedah, Gerik di Perak ke Tumpat di Kelantan.

Dijangka bermula pada 2011, fasa pertama akan mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan manakala fasa kedua selama dua tahun.

Daripada jumlah RM23.6 bilion perbelanjaan modal itu, RM10 bilion adalah bagi fasa pertama, RM12 bilion bagi fasa kedua dan RM1.6 bilion bagi prasarana pasaran.

OSK berkata perjanjian pemegangan saham sepatutnya dimeterai antara Assay Petroleum Sdn Bhd dengan China Oceanwide Holdings Group Co Ltd (COHG) yang tersenarai di Shanghai pada Jumaat lepas tetapi ditangguhkan pada akhir bulan depan.

Projek Oil Capital itu dikatakan akan dikendalikan oleh Assay manakala perbelanjaan awal RM4 bilion dibiayai oleh COHG sebagai modal awal untuk memulakan projek tersebut.
"Meskipun sebelum ini kami menyebut bahawa sebarang perbelanjaan permodalan baharu tambahan dalam industri minyak dan gas akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi peserta tempatan kita, kami mengekalkan pendirian neutral kami bagi projek ini sehingga kontrak sebenar diberikan," kata OSK.