Monday, November 8, 2010

Projek Oil Capital di Gerik Perak

Syarikat minyak dan gas tempatan berpotensi mendapat manfaat besar apabila projek Oil Capital bernilai AS$7 bilion (RM23.6 bilion) dimulakan, itulah kata OSK Research dalam nota penyelidikannya. Berita ini petikan dari Bernama bahagian Ekonomi, Jikalau projek raksasa ni terlaksana kemungkinan Kontraktor-kontraktor kecil, industri berkaitan dan penduduk setempat akan mendapat faedah, baik dari segi kerja-kerja huluan dan peluang-peluang pekerjaan

Projek Oil Capital itu yang sebelum ini dikenali sebagai Saluran Paip Rentas Semenanjung melibatkan pembinaan saluran paip sejauh 300 kilometer menghubungkan Yan di Kedah, Gerik di Perak ke Tumpat di Kelantan.

Dijangka bermula pada 2011, fasa pertama akan mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan manakala fasa kedua selama dua tahun.

Daripada jumlah RM23.6 bilion perbelanjaan modal itu, RM10 bilion adalah bagi fasa pertama, RM12 bilion bagi fasa kedua dan RM1.6 bilion bagi prasarana pasaran.

OSK berkata perjanjian pemegangan saham sepatutnya dimeterai antara Assay Petroleum Sdn Bhd dengan China Oceanwide Holdings Group Co Ltd (COHG) yang tersenarai di Shanghai pada Jumaat lepas tetapi ditangguhkan pada akhir bulan depan.

Projek Oil Capital itu dikatakan akan dikendalikan oleh Assay manakala perbelanjaan awal RM4 bilion dibiayai oleh COHG sebagai modal awal untuk memulakan projek tersebut.
"Meskipun sebelum ini kami menyebut bahawa sebarang perbelanjaan permodalan baharu tambahan dalam industri minyak dan gas akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bagi peserta tempatan kita, kami mengekalkan pendirian neutral kami bagi projek ini sehingga kontrak sebenar diberikan," kata OSK.

Saturday, May 15, 2010

ISLAM MENDIDIK UMAT BERPOLITIK

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh,


Adakah landasan syar’i dari haramnya berpolitik?

Mungkin titik pangkalnya adalah dalam batasan istilah politik itu sendiri. Di mana sebagian orang memandang politik dalam arti yang terlalu sempit serta cenderung menampilkan politik dalam wajah negatifnya. Seperti keculasan, penindasan, perebutan kekuasaan, pembunuhan, perang dan ceceran darah.

Politik dalam arti sempit dan wajah negatif ini seringkali muncul menjadi icon yang mewakili pengertian kata istilah politik. Padahal ini hanyalah sebuah aliran dan pemahaman subjektif dari Machiavelli yang termasyhur dengan nasihatnya, bahwa seorang penguasa yang ingin tetap berkuasa dan memperkuat kekuasaannya haruslah menggunakan tipu muslihat, licik dan dusta, digabung dengan penggunaan kekejaman penggunaan kekuatan.

Tentu saja politik dalam konsep si Machivelli itu bukan sekedar diharamkan dalam syariat Islam, tetapi juga dikutuk. Bahkan turunnya syariat Islam itu salah satu perannya untuk membasmi konsep politik si terkutuk dariItalia itu.

Politik dalam pengertian si pembuat onar ini juga dikutuk oleh semua orang dan dianggap selaku bajingan tak bermoral. Hanya para bajingan yang tak bermoral saja yang memuji konsepnya itu. Para diktator dunia seperti Hitler, Musolini, Lenin, Stalin, Bush, Blair dan orang-orang sejenisnya, bisa dimasukkan dalam kelompok para pemuja ide-ide syetan muntahan dari mulut Machiavelli.

Para Nabi dan Shahabat Adalah Politikus yang Benar

Namun kalau kita kembalikan pengertian politik dalam arti luas dan positif, di mana politik pada dasarnya adalah sebuah sistem untuk mengatur masyarakat atau negara dengan tujuan demi kemashlahatan umat manusia, tentu saja politik itu mulia.

Bahkan sejak masa awal manusia diturunkan ke muka bumi dengan dikawal oleh para nabi dan rasul, tugas utama syariah adalah mengatur kehidupan masyarakat dan negara. Dan itu adalah politik. Tapi bukan versi Machiavelli, melainkan versi langit alias versi syariah.

Maka kita boleh dikatakan bahwa menjalankan politik yang benar itu bukan hanya boleh, tetapi wajib bahkan menjadi inti tujuan risalah. Untuk mengatur politik-lah para nabi dan rasul diutus ke muka bumi, selain mengajarkan ritual peribadatan.

hadith Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

“Apabila tiga orang bermusafir bersama, hendaklah dilantik salah seorang daripada mereka menjadi ketua” [riwayat Abu Dawud, daripada Abu Said al-Khudri radhiyallaahu 'anhu]


Begitulah cara Islam mengajar dan mendidik penganutnya hidup bertertib lagi sistematik. Soal keluar bermusafir itu mungkin sekadar rutin biasa yang diulang-ulang dari semasa ke semasa. Tetapi di dalam rutin itulah diselitkan unsur ketertiban hidup lantas salah seorang harus mengambil tanggungjawab menjadi ketua.

Ketua dalam erti kita mengambil tanggungjawab terhadap kebajikan dua rakannya.

Ketua yang membantu membuat keputusan-keputusan biar sekecil mana pun persoalannya.

Ketertiban ini diterapkan bermula daripada solat berjemaah hinggalah kepada bermusafir secara berjemaah. Kehidupan di dalam solat dan di luar solat, Muslim diajar agar duduk di dalam tatacara kehidupan yang terpimpin. Ada yang memimpin, ada yang dipimpin.

Latar belakang kehidupan yang sebegini, menjadi penjelasan yang paling terang lagi rasional mengapa para sahabat radhiyallaahu ‘anhum tidak bertangguh berkumpul di Tsaqifah Bani Sa’idah untuk mencari pemimpin menggantikan kekosongan posisi itu yang berlaku akibat kewafatan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, biar pun jasab baginda masih belum lagi dikebumikan.

Tidak harus Muslim hidup tanpa pemimpin dan kepimpinan.

Semua ini adalah asas kepada apa yang kemudiannya dinamakan sebagai POLITIK.

Politik yang didefinisikan dengan sebagai Hiraasah al-Deen wa Siyaasah al-Dunya bihi (memelihara agama dan mengurus tadbirkan dunia dengan agama itu) di dalam kitab al-Ahkaam al-Sulthaniyyah adalah peraturan Allah kepada tamadun manusia. Kehidupan berperaturan, terpelihara di antara peranan dan hak masing-masing, adalah kehidupan yang mengangkat darjat manusia sebagai makhluk penghulu yang tinggi.

Inilah asas politik.

Mendidik manusia hidup berperaturan.

Mencegah manusia daripada kehidupan anarki.

UTUSAN BUAT PEMIMPIN

Amanah merupakan tiang dan dasar bagi setiap gerak-geri dalam kehidupan manusia sama ada dengan Allah swt mahupun sesama manusia. Manusia adalah khalifah Allah swt di muka bumi, dan sentiasa mengharapkan sebuah kehidupan yang bahagia. Manusia diamanahkan untuk beribadat dalam usahanya mengabdikan diri kepada Allah swt sebagai pencipta dan bersikap jujur sesama manusia bagi menyempurnakan tanggungjawab kemasyarakatan. Hanya orang yang jujur imannya kepada Allah swt yang menjaga amanahnya. Lemahnya amanah bererti lemahnya iman seseorang. Justeru dalam menegakkan keadilan, pemimpin perlu bersifat amanah, iaitu jangan sampai terpengaruh oleh hubungan suka atau tidak suka kepada seseorang. Walaupun kita sedang diselubungi rasa benci terhadap seseorang atau golongan atau kaum, kita harus melaksanakan secara bijaksana dan adil. Demikian juga ketika dalam keadaan senang dan gembira.


Allah s.w.t berfiirman yang bermaksud: ”Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan(menyuruh kamu)apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar Lagi Maha Melihat.” (An-Nisaa: 58)


Banyak sekali amanah yang kita terima dan semua kelebihan yang ada pada kita adalah amanah. Allah s.w.t hanya menyerahkan amanah kepada manusia kerana langit, bumi dan gunung menolak memikulnya. Namun, dalam tubuh manusia terdapat syahwat, maka mereka berbuat zalim dengan mengkhianati amanah itu.


Firman Allah s.w.t yang bermaksud: ”Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi, dan gunung-gunung, maka semua enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.” (Al-Ahzab: 72)